avatarku

Abah... Bagilah Balik Tangan Ita...

"Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.."

Itulah kisah yang kita pernah baca. Tentang seorang ayah yang tidak dapat menanggung kemarahan. Tentang seorang ayah yang telah mengakibatkan timbulnya kecacatan pada seorang anak yang pada asalnya sempurna kejadian. Tentang seorang ayah yang tinggi egonya.

Yang kita tak pernah baca adalah sambungannya, sepuluh tahun selepas kejadian.

"Abah, ape present Ita tahun ni?"
"Suprise lah nak. Kalau Abah cakap nanti tak bes lah. Kan Mama?"
"Kalau Ita nak Kak Narti boleh tak? Ita rindulah, dah hampir 7 tahun tak jumpa."
"Ish, mana boleh, Kak Narti kan dah balik Jakarta. Ita pun dah besar ni, tak perlu ada Kak Narti nak jaga."
"Yelah, yelah. Ita terima je apa yang Abah nak bagi. Asal Abah tak bagi kudung lagi seblah je."
"Ish, cakap macam tu pulak dia..."

Ita terus ke kereta baru ayahnya di luar rumah. Abahnya mencium pipi ibunya sebelum turut masuk ke dalam kereta untuk memulakan perjalanan ke Universiti. Ayah Ita merupakan seorang pensyarah Kejuruteraan Mekanikal di sebuah universiti tempatan. Sejak dari hari tangan Ita dipotong, dia mula rasa bersalah. Dia telah berkolaborasi dengan beberapa pensyarah lain untuk satu projek.

Projek tersebut telah siap sepenuhnya pada bulan lepas. Sepuluh pelajar kudung telah menguji keberkesanan produk tersebut dan mereka berpuas hati. Kini, tiba giliran Ita untuk menikmati nya.

Pagi keesokan nya, Ita terkejut melihat sebuah kotak dihujung katil. Bungkusannya indah sekali. Tanpa menunggu sesiapa, dia membukanya.

"Aaaaaaaahhhhhhhhh!"

Ayah dan ibu Ita berlari ke bilik. Ibu Ita pengsan setelah melihat sekujur tangan terkulai kaku dilantai. Ayah Ita pun meletakkan bantal di bawah kepala isteri kesayangannya itu, agar selesa pengsannya. Kemudian dia menghampiri Ita.

"Ita, ini hadiah Abah untuk Ita. Sebuah tangan bionik. Abah mintak maaf sangat-sangat untuk kejadian spuluh tahun lepas tu."
"Abah, Ita dah lama maafkan Abah."

Selang beberapa hari, ketika abahnya keluar membeli nombor sup ekor...
DEBUKKK!
Tanpa disedari, Ita yang belum selesai membiasakan diri dengan tangan barunya itu telah terlanggar sisi kereta abahnya.

Pulang petang itu, terkejut besar abahnya melihat pintu kereta yang baru setahun diganti dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, calar dan kemik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Seekor kucing yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Bulunya terangkat ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengiau dan duduk diam.

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik tuannya lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari pulang dari berjoging. Dengan penuh takut dia berkata "Ita buat ayah. Sori." katanya sambil kucing menerkam kakinya, ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap kayu besbol didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang terkejut terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin keliru atau sengaja tidak mahu masuk campur. Kucing melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu dan si anak.

"Tengok, tak de jadik apa-apa kan? Bes tak tangan yang Abah bagi tu? Kalau hari-hari Abah buat macam tu pun takpe, takyah nak bawak pegi hospital suroh doktor potong lagi. Genius tak Abah?"


"Kalau ye pun nak tunjuk tangan ni kuat, takyah la buat macam tu... Terkejut Ita. Kalau sakit jantung macammana? Kalau Ita mati, mana abah nak beli nyawa pulak..."


Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak ketawa... "Takkan Ita nak cakap, Abah... bagilah balik nyawa Ita. Buat apa ambil... Ita janji tak buat lagi! Ita nak hidup, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak rosakkan kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur paru-paru si ibu mendengar kata-kata anaknya. Ketawalah dia sekuat hati kerana takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya...

Dah, happy ending dah crita tok. Boh nak sedih-sedih agik.

Bah, mupok lok.